Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Wednesday, 1 August 2012

Ayam Mas Merah


ahan-bahan:
500 gm ayam - dipotong kecil
3 sudu tomato puri
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Bahan-bahan yang dikisar halus:
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
5 tangkai cili kering
1 batang serai
Cara menyediakan:
1. Ayam dibersihkan dan dituskan.
2. Kemudian digaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sebelum digoreng.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar.
5. Kacau sehingga pecah minyak.
6. Masukkan pula tomato puri, gula dan garam.
7. Kacau lagi sehingga rata.
8. Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng tadi.
9. Kacau sehingga rata dan angkat.

Daging Goreng Tomato Puri



Bahan-bahan:
1 kilo daging batang pinang - dipotong nipis
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar cili giling
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 batang serai - diketuk
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sm halia - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit air

Cara menyediakan:
1.  Mula-mula, perapkan daging dengan kicap pekat manis.
2.  Kemudian, goreng daging sehingga agak garing.
3.  Angkat daging goreng dan ketepikan buat seketika.
4.  Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar.
5.  Tumiskan juga cili giling, jintan manis, jintan putih dan serai.
6.  Apabila tumisan agak garing, masukkan sedikit air.
7.  Masukkan juga lebihan kicap perapan daging tadi, tomato puri, garam dan serbuk perasa.
8.  Apabila kuah menjadi agak pekat, masukkan daging goreng tadi.
9.  Kacau rata.
10. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi putih atau roti.

Sunday, 15 July 2012

Ayam Percik Salju


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong dua
5 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - ditumbuk
3 batang serai - ditumbuk
2 sm halia - ditumbuk
1 liter santan
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan-bahan perap:

1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
1 batang serai - ditumbuk

Cara menyediakan:

1. Mula-mula, lumurkan ayam dengan bahan-bahan perap selama 15 minit.

2. Kemudian, panggang ayam ini separuh masak.

3. Pastikan ayam ini dibalik-balikkan setiap lima minit supaya ia masak dengan sekata.

4. Sementara itu, masakkan santan bersama bawang merah, bawang putih, bawang besar, serai, halia, asam gelugur, garam dan gula.

5. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul-ketul.

6. Apabila santan pekat dan pecah minyak, percikkan kuah tadi ke atas ayam panggang yang hampir masak.

7. Bakar ayam ini lagi sehingga ia benar-benar masak.

(Jika mahu menjimatkan masa, ayam ini boleh direbus terlebih dahulu sebelum dipanggang.)