Thursday, 29 March 2012

Puding Roti Lapis Madura

Bahan-bahan:
25 gm agar-agar / 1 paket
1 tin susu cair
300 gm gula
1 pek kepingan masam manis
1 bungkus roti pek besar
1 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar tepung kastard
Sedikit pewarna merah
6 hingga 7 cawan air
Cara menyediakan:
1.  Potong keliling roti agar tinggal kepingan putih sahaja.
2.  Cairkan tepung kastard.
3.  Pukul telur sehingga kembang.
4.  Leraikan kepingan masam manis. Ketepikan.
5.  Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
6.  Kemudian, masukkan gula dan biarkan hingga hancur.
7.  Masukkan 3/4 susu cair. Kacau rata.
8.  Masukkan pula larutan kastard.
9.  Tuangkan juga telur yang telah dipukul tadi.
10. Bubuh sedikit pewarna merah.
11. Kacau sehingga kelihatan agak likat dan kecilkan sedikit api.
12. Terus kacau perlahan-lahan.
13. Masukkan sedikit larutan ini ke dalam bekas setinggi 2 sentimeter.
14. Biarkan ia beku sebentar.
15. Setelah sejuk, kelarkan dengan menggunakan garfu.
16. Susun selapis kepingan roti di atasnya hingga menutupi permukaan bekas itu.
17. Tuangkan lagi larutan agar-agar hingga menyerap ke dalam lapisan roti tadi.
18. Kemudian, susun kepingan masam manis.
19. Ulangi proses menyusun roti hingga menjadi tiga lapisan.
20. Setelah sejuk, dinginkan puding dalam peti sejuk.
21. Apabila sudah dingin, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment